Monday, November 9, 2009

Cerita tentang kita...


Satu gambar yang cukup bersejarah pada saya. Ini juga antara koleksi-koleksi kenangan out-door semasa saya berada di utara Morocco sekitar tahun 2005/2006. Di era mula-mula saya mula jatuh gila dengan camera. Masa ini saya hanya menggunakan camera pinjam berjenama KonicaMinolta Prosumer. Banyak mengajar saya tantang keseronokkan dunia fotografi. Semuanya mungkin dirakamkan. Dan akhirnya ia jadi satu sejarah, kenangan dan mungkin juga bisa menjadi satu bahan bukti yang boleh saya katakan bahawa kita adalah pelakon terhebat di dunia ini.

Tetouan, menjadi lokasi pilihan untuk menghabiskan cuti musim panas sekitar tahun 2006/2007 (tak berapa nak ingat dah bila tu maknanya), tiba sahaja waktu petang, kami semua berangkat menghala ke Pantai Tetouan. Di seberang keluasan laut ini terletak sebuah negara yang bersempadanan dengan Morocco (Maghribi kalau siapa tak tahu) yang menjadi pintu masuk utama ke Eropah, sama ada halal ataupun melalui kaedah "lubang-lubang tikus mondok".

Walaupun menyedari hakikan menyeludup masuk ini adalah pekara yang salah di sisi undang-undang, nama bagi mereka yang ingin mencari rezeki, cuba mengubah nasib, semua ini dilalui dengan penuh semangat dan hati yang kental, walaupun nyawa menjadi taruhan, asalkan hidup tidak sedaif di dunia sendiri. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..."

Hidup bertahun-tahun di negara orang, mengajar saya erti kasih dan cintakan negara sendiri. Itulah erti kebebasan, kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan. Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Apa yang penting, bila hidup di dunia ini biarlah realistik. Walau apa benda sekalipun dikejar, jangan digadaikan Agama, jangan dikesampingkan maruah, jangan dijajakan kelemahan diri. Jadikan hidup berperinsip.

Thursday, October 29, 2009

Temerloh, Bandar Ikan Patin...



Bandar Temerloh, dikenali sebagai "Bandar Ikan Patin" di kalangan penduduk warga Pahang. Ini adalah kerana, resepinya yang sangat sedap sehingga henjilat keseluruhan jari jemari yang basah diulit keenakan kuah ikan patin asam tempoyak, yang sudah semertinya menjadi kegilaan setiap penggunjung.

Bagi mereka yang ingin rasakan keaslian raya ikan patin, Temerloh ini, bolehlah datang berkunjung ke Temerloh.

Gambar di atas adalah pasangan pengantin yang berasal dari "Bandar Ikan Patin" ini. Nasiblah kendurinya tidak dihidangkan ikan patin. Kalau tidak, sudah pasti "photographer" tak bekerja. Bukan kerana malas, kerana asyik menikmati ikan patin. Saya akui, rasa ikan patin sanagt luar biasa bila dijadikan gulai asam tempoyak. Kecur air liur jadinya...

Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana sudi memilih kami untuk merakamkan saat-saat hari bahagia. Album dah hampir siap dah. Dalam masa terdekat ini, pastinya anda akan dapat apa yang telah dijanjikan.

BariqannurPHOTOGRAPHY 2009

Monday, October 26, 2009

"Pop Corn & Mineral Water..."

Kesempatan yang ada, digunakan untuk merehatkan minda yang sedia "penat". Saya seorang penggemar filem, mencari masa yang sesuai untuk dipenuhkan dengan aktiviti yang sekian lama ditinggalkan. Selesai sahaja menyiapkan "dua custom & Mockop album" saya ke GSC yang terletak di Bandaraya Melaka, di Dataran PAHLAWAN, untuk menonton.

Setibanya di sana, saya memilih satu filem barat yang bertajuk "White out". Kenapa saya memilih filem ini?

Saya sebenarnya menggemari filem yang berunsurkan "action". Terpandang pada traller yang ditayangkan di skirn, tanpa berfikir panjang terus sahaja filem ini menjadi pilihan. Ini adalah kerana saya terpandang pada sin kapal terbang terhempas. Sangat teruja. Cita-cita nak jadi seorang juru terbang tidak tercapai, dapat tengok cerita yang ada unsur-unsur kapal terbangpun jadilah...

Ceritanya bermula setelah sebuah kapal terbang pengangkut Rusia terhempat di antartika akibat daripada pergelutan yang berlaku antara juru terbang dan pengawal. Aksi tembak menembak mewarnai sin ini, sehinggakan salah seorang "Pilot" terkena tembakan peluru sesat menyebabkan kapal terbang hilang kawalan dan menjunam lalu terhempas. Kesemua mereka mati dalam tragedi tersebut.

50 tahun berlalu, Ada di antara ahli-ahli biologi Amarika mendengar khabar-khabar yang ada sebuah kepal terbang pengangkut rusia pernah terhempas di antartika. Akan tetapi tidak diketahuai lokasinya. Ada di antara mereka menemui di mana lokasi kapalterbang itu terhempas dan menemuinya.

Untuk mengetahui pengakhiran cerita ini, silalah berkunjung ke panggung-panggung yang berhampiran.

Thursday, October 22, 2009

Cantiknya bila bertudung...


Camera:
Canon EOS 350D Digital Exposure:0.017 sec (1/60)
Aperture:f/4.5 Focal Length:
149 mm


Cantiknya bila wanita bertudung, gambar ini diambil semasa majlis sambutan hari raya aidil fitri peringkat sekolah yang lalu. Kalau budak-budak kecilpun cantik bila bertudung, apa lagi orang dewasa, bertambah cantiklah dia diiringi dengan pahala. Maruah dan auratnya dijaga. Ditutup dan dipelihara daripada pandanagn orang yang bukan muhrimnya.

Apabila ada orang berkata "alah, minah tu pakai tudung sebab adat je, bukannya apa-apa pun..." Ingatlah bahawa "adat" yang dilafazkan tadi adalah adat yang bertepatan dengan syarak, bukannya bertentangan dengan syarak. Maka di sana dia telah menjalankan auratnya dan melaksanakan tanggung jawab "bertudung" (berhijab).

Pernah juga kita terdengar, "alah aku tak bertudungpun, hati aku baik, aku tak tinggal solat, aku selalu tolong orang, tak payah bertudungpun takpa. lagi pun panaslah..." maka ingatlah, pada ketika itu kita telah melanggar syariat dengan berhujjah "hati saya baik, saya selalu tolong orang...." dan sebagainya, ingatlah bahawa kita sedang memperkotak-katikkan agama, mempersendakan hukum syarak, maka balasannya nanti amatlah pedih.

Pernah juga kita melihat, ada antara kita yang mengadakan majlis tadarus, majlis khatam al-Quran, tidak menjaga adab-adab bila membaca al-Quran. Al-Quran dibaca, jambul rambut terkeluar sini sana. Golongan ini mengatakan bahawa mereka mengamalkan al-Quran, membaca dan menghayati al-Quran. Persoalannya, DIMANAKAH PERNGHAYATANNYA?

Apa yang perlu kita ingat, segala apa yang pernah kita lakukan di dunia ini akan dihisap, semuanya akan dihitung, kerana kita adalah hamba. Dan hamba mempunyai tanggung jawab kepada pencipta.

P/S : sedikit renungan di hari Jumaat. 23/10/2009.

Monday, October 19, 2009

Hak asasi manusia dan kesaksamaan...


Dewasa ini, dasar atau isu kesaksamaan sering kali disuarakan oleh pelbagai pihak. Hak-hak asasi juga seringkali menjadi perdebatan hangat di dunia. Tetapi apa yang kita dapat lihat ialah, bukan semua hak-hak asasi ini boleh dipenuhi, ini adalah kerana ada di antaranya bersalahan dan bertentangan dengan peraturan agama, adat dan budaya.

Sebagai contohnya, Aminah Wadud antara salah seorang pelopor gerakan "sisters in Islam" telah menggemparkan dunia dengan menjadi wanita pertama mengimami Solat Jumaat, di mana kebanyakan jemaahnya adalah lelaki dan bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu saf yang sama. Ini telah mengandang kepada penyelewengan dan telah melanggar hukum agama dan boleh juga dilihat sebagai "mencabul" kesucian agama islam. Perbuatan yang menongkah arus ini sangat tidak disenangi dan sangat dikesali. Sudah ramai cendekiawan yang mula "hilang akal" kerana terlalu percayakan diri sendiri dan tidak lagi berkiblatkan al-quran dan al-hadith. Al-quran dihina dan dijadikan bahan senda gurau, al-Hadith tidak lagi dihayati dengan sebaiknya sehinggakan mereka jadi hilang punca.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengingati dan menginsafi perjalanan hidup ini. hidup perlu berkiblat, agar ia lebih berkat. Sedikit untuk renungan pembaca blog saya.

Adakah perempuan boleh menjadi PotographerUPAHAN?
jawapan dari saya adalah boleh, dengan sayarat dia adalah seorang yang menjaga tatasusilanya, menjaga pergaulannya, menjaga adab dan pakaiannya. walaupun dia seorang photographer, batas-batas agama sangat perlu diikuti. Apa yang penting keberkatan. Yang penting mesti ditemani oleh muhrimnya semasa bekerja. Jangan dibiarkan beseorangan...


p/s : bila hidup mesti berpendirian...

Monday, October 12, 2009

Tragedi OKTOBER...



10 Oktober 2009, menjadi tarikh keramat bagi pasangan Aina Mardhiah & Fikri, mengakhiri zaman dara & teruna mereka. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapai oleh mereka berdua. Pernah membatalkan niat untuk melangsungkan pernikahan pada tarikh tersebut, akan tetapi Allah lagi berkuasa, dipermudahkan urusan bagi mereka berdua ini. Dengan keizinan-Nya, bernikah juga mereka pada tarikh ini.

Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana memilih BariqannurPHOTOGRAPHY untuk merakamkan saat-saat indah mereka berdua. Saya menggalas tanggungjawab untuk merakamkan peristiwa bersejarah mereka berdua.

untuk pengetahuan umum, ayah pengantin perempuan ini (aina), merupakan photographer. Beliau juga memiliki kedai dan empayarnya tersendiri. Beliau juga merangkap "sifu" kepada saya semasa saya baru terkial-kial nak bermain DSLR ini. Sedikit sebanyak saya dapat ilmu daripada berliau (En. Suhaimi). Kalau di area pekan (photographer yang otai-otai) pasti mengenali beliau. Saya pernah menimba pengalaman "shoot gambar convo" di Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Sultan Abu Bakar sessi 2007.

Satu lagi untuk pengetahuan pembaca blog saya, si aina merupakan junior saya semasa menuntut di oversea dulu dan dia juger seorang photographer. Masak kena komen kalau gambar0gambar yang kita "shoot blur" mata photographerlah katakan. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, biar saya sahaja yang "take over event" dia orang. Kalau ada yang blur pun saya masih ada penawar untuk mengubatinya (adobophotoshop lah tu maknanya).

Diruang yang semakin menghipit ini, saya sembahkan untuk tatapan anda dan juga untuk tatapan pengantin baru.



"selamat Pengantin Baru"

p/s : layout custom album saya tak tunjuk dalam blog ini, nak bagi suprise sikit kat pengantin baru nie... hehehehehe...

Wednesday, October 7, 2009

Gangguan....

Assalamualaikom...

Kebelakangan ini (khususnya minggu ini), kami semua menghadapi gangguan talian intenet yang sangat ketara sehinggakan saya tidak dapat menghantar gambar-gambar yang telah siap diedit kepada sahabat saya untuk dijadikan "custom album & mockup album" kerana gangguan ini.

Secara pribadinya, saya mensasarkan kedua-dua jenis album itu akan siap selewat-lewatnya awal minggu hadapan, dah boleh diserahkan pada hujung minggu hadapan. Tetapi apa kan daya, kita manusia hanya merancang, hanya tuhan sahaja yang menentukan usaha kita. Masa yang diambil untuk menyiapkan editing kedua-dua album itu hanyalah dua minggu. Tetapi apabila ditambah tolak dengan gangguan, maknanya, banyak minggu juga lah jadinya. Yang penting jangan lebih dari sebulan. Selewat-lewatnya adalah sebulan. Itu janji saya kepada "customer" saya. Harap janji-janji ini dapat ditepati.

Hujung minggu ini kami ada dua "job" yang mesti dihabiskan, satu di Temerloh dan satu lagi di Kg. Mentiga, Pekan, Pahang. Tarik yang sama, lokasi yang berbeza. Jadi kami perlu bergotong royonglah untuk menjayakan "evet" ini. Apabila orang memberikan kepercayaan kepada kita, maka pa yang perlu kami berikan adalah "kerja sehabis baik". Bergerak dalam satu "TEAM Bariqannur PHOTOGRAPHY".

p/s : "Ribuan kemaafan kerana entry kali ini tiada gambar... masih dalam gangguan internet lagi.."

Tuesday, September 29, 2009

Rosliana & Azim


Semalam saya berhati besar ingin meng "upload" kan layout custom album yang baru saya buat untuk pengantin baru "Rosliana & Azim" untuk tatapan pembaca & pengunjung ke blog saya. Bahan sudah tersedia, tapi masalah tetap ada. Ya apa masalahnya? masalahnya adalah, flickr yang sering saya gunakan sebagai tapak menyimpan koleksi gambar saya selama ini tidak menerima apa yang saya mahukan. Puas mencuba. sehingga hari ini, saya masih lagi mengalami masalah yang sama. Siksanya jawa raga ku ini. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujang ditengah hari... sedih juga.


Kebetulan, saya pernah membeli MAJALAH PC, dalamnya ada satu tajuk yang boleh menyelesaikan masalah saya ini. Tajuknya : "10 Penyunting Imej Dalam Talian". Tajuk yang menarik, jadi saya teruslah mencari web-web yang telah dinyatakan di dalam majalah ini. Sekurang-kurangnya saya belajar dan jumpa sesuatu yang baru.


Satu sahaja kerisauan saya, dikhuatiri gambar yang bakal dipamerkan nanti tidak "sharp". Dan ini akan menyebabkan kualitinya jatuh dan mungkin jadi "tak best".
Rosliana & Azim

Akhir kata, inilah seadanya untuk entry kali ini. Harap-harap flickr boleh menerima kambali semua gambar-gambar aku. kesian aku.


Sunday, September 27, 2009

"Back to Work"

edited by : tok-putih CREATIVE
Camera: Nikon D70 Exposure: 0.017 sec (1/60)
Aperture: f/5.6 Focal Length: 55 mm
Tamat sahaja bulan Ramadhan, maka bermula lah musim kenduri-kendara. Masing-masing sibuk ingin mengakhiri zaman bujang. Pendek kata "Selamat tinggal DARA & TERUNA". Ucapan tahniah saya titipkan bagi mereka yang telah berjaya mengakhiri zaman bujangnya, semoga hidup kalian lebih bermakna. Hanya satu pesanan, perkahwinan merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan sebaiknya, semoga ada keberkatan dan sejuta keinsafan daripadanya. Sehebat manapun lautan bergelora, pelayaran mesti diteruskan juga. Kehebatan nakhoda kapal pasti cukup teruji apabila menghadapi situasi sebegini. Hanya ilmu dan pengalaman menjadi bekalan...

Aidil Fitri yang ke-6, saya dan rakan-rakan bergerak menuju ke Felda Jengka 17, kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Kami bergerak dengan tujuan berkaria. Ada amanah yang perlu dilunaskan. Bariqannur Photographer TEAM melaksanakan tugasan.

Dalam "ruang" yang ada ini, saya titipkan sekeping gambar untuk pengantin bersama penampilan kesan khas.

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya aidil FITRI


Assalamualaikom...

Sedara atau tidak, kita semua sudah berada di penghujung Ramadhan al-Mubarak. Segala puji dan syukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Terima kasih "TUHAN". Rasa insaf dan penuh tawadho', aku hanya hamba, seorang hamba yang hina dina. Aku sangat mengharapkan kasih yang Maha Esa. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita semua lebih bermujahadah dalam melawan nafsu mazsmuhah. Sebulan kita berada di madrasah RAMADHAN ini, sudah cukup memberikan kesan kepada orang yang betul-betul bersyukur dan lebih merendah diri.Akhir kata, tangan dihulur, maaf dipinta, mohon diampun segala silap dan dosa, kepada semua pembaca, andai kata ada coretan yang pernah melukakan rasa...

Untuk kedua ibu bapa ku, terima kasih atas segalanya,
kepada semua barisan para pendidik yang telah mengajarkan aku, tidak akan dilupa segala jasa,
Untuk Buah hati ku, Isteri ku yang tercinta, "kini hudup ku lebih bermakna"....
Buat semua rakan dan taulan, segala nasihat dan tunjuk ajar akan diingati, semua pengalaman yang ada sangat beharga....
Tidak dilupakan juga untuk my ex-castomer yang pernah menggunakan khidmat saya, sokongan ada menjadikan impian saya menjadi realiti...
terima kasih...

Akhir kata,
Selamat HAri Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan BatinDari saya & Isteri

tok-putihCREATIVE
&
BARIQANNURphotography

Wednesday, September 9, 2009

Jom kita berPHOTOSHOP...

Bagaimanakah caranya kita boleh menghasilkan gambar seperti di atas ini?
Terdapat sedikit kesan khas pada gambar di atas ini.

Untuk pengetahuan pengunjung dan juga pembaca blog ini, gambar ini adalah hasil kerja orang lain, dah hasil editingnya adalah dari saya sendiri. Ini adalah antara hasil di awal penglibatan saya dalam dunia photoshop ini. Untuk kali ini saya nyatakan dengan jelas langkah-langkahnya, sup[a mereka yang baru-baru nak berjinak dengan adobe boleh mengikuti totorial adobephotoshop yang saya berikan ini. Ilmu yang saya ada ini, saya kongsikan dengan pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung yang lain.

Dengan harapan, ia boleh memberikan sedikit manafaat kepada yang lain. Apa yang penting, mesti mencuba dan terus mencuba, jangan malu bertanya, membaca dan terus membaca.Dan selamat mencuba.

p/s : Saya buka seorang yang otai, sekadar menghidangkan apa yang saya ada.

Wednesday, September 2, 2009

Labah-labah (The SPIDER)

Camera:Canon EOS 350D Digital Exposure:0.017 sec (1/60) Aperture: f/5.0
Focal Length: 40 mm ISO Speed: 400


Satu petang di rumah (tumpangan) di Changkat Jering, Taiping, PERAK.

Sedang asyik melayan astro, tiba-tiba mata saya terpandang kepada seekor makhluk Allah yang paling seksi, Tergerak di dalam hati ku yang kudus ini ingin merakam kan aksi-aksi labah-labah ini. Memiliki tubuh badan yang tidak besar kecil sahaja, namun apabla sekali melangkah, namun berundur tidak sekali.

Terus sahaja saya kapai camera kesayangan yang memang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatannya, saya acukan mata lensa (kit's lens je) ke arah labah-labah yang sudah lama menanti. Terdetik juga di dalam hati ini, "seandainya aku memiliki macro lens, alangkah syoknya, mesti lagi best, tidaklah tertungging-tungging cam ni, payah gile nak lock kat menatang ni... huhuhuhuhu... takperlah..."Kalau ada rezeki, elok ada macro lens satu, kalau tak mampu, buat sahaja macam saya, kit's lens pun ok...Labah-labah ini adalah antara salah satu nama binatang yang disebutkan di dalam al-Quran,
Surah Al 'Ankabut (سورة العنكبوت) adalah surah ke-29 dalam Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 69 ayat serta termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al 'Ankabuut berhubung terdapatnya perkataan Al 'Ankabuut yang bererti labah-labah pada ayat 41 surah ini, dimana Allah mengumpamakan para penyembah berhala-berhala itu dengan labah-labah yang percaya kepada kekuatan rumahnya sebagai tempat ia berlindung dan tempat ia menjerat mangsanya, padahal kalau dihembus angin atau ditimpa oleh suatu barang yang kecil saja, rumah itu akan hancur. Begitu pula halnya dengan kaum musyrikin yang percaya kepada kekuatan sembahan-sembahan mereka sebagai tempat berlindung dan tempat meminta sesuatu yang mereka ingini, padahal sembahan-sembahan mereka itu tidak mampu sedikit juga menolong mereka dari azab Allah waktu di dunia, seperti yang terjadi pada kaum Nuh, kaum Ibrahim, kaum Luth, kaum Syu'aib, kaum Soleh, dan lain-lain. Apalagi menghadapi azab Allah di akhirat nanti, sembahan-sembahan mereka itu lebih tidak mampu menghindarkan dan melindungi mereka.

Isi Kandungan Keimanan:
Bukti-bukti tentang adanya hari kebangkitan dan ancaman terhadap orang-orang yang mengingkarinya, tiap-tiap diri akan merasakan mati dan hanya kepada Allah mereka akan kembali; Allah akan menjamin rezeki terhadap setiap makhluk-Nya. Hukum-hukum: Kewajipan berbuat baik kepada dua orang ibu bapa; kewajipan mengerjakan solat kerana solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan perbuatan mungkar; kewajipan menentang ajakan mempersekutukan Allah sekalipun datangnya dari ibu bapa. Kisah-kisah: Kisah-kisah ujian yang dialami oleh Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Luth a.s., Nabi Syu'aib a.s., Nabi Soleh a.s., Nabi Musa a.s. Dan lain-lain: Ujian itu perlu untuk menguji keimanan seseorang, usaha manusia itu manfaatnya untuk dirinya sendiri bukan untuk Allah. Perlawanan terhadap kebenaran pasti hancur.

Rujukan: Mukaddimah Al Qur'an versi terjemahan Jabatan Agama Republik Indonesia

Monday, August 31, 2009

Sigma 70-300mm F4-5.6 APO DG MACRO

Nisa Mawaddah di Candid dengan Sigma 70-300mm F4-5.6 APO DG MACRO
Camera:
Canon EOS 350D Digital Exposure: 0.013 sec (1/80) Aperture: f/4.0
Focal Length: 108 mm ISO Speed: 1600

Gambar ini dirakamkan pada puasa yang ke-9. Untuk pengetahuan semua, pada ketika ini saya sedang rehat dan tidur dengan gembiranya (nasiblah tak dicandid orang). Kebetulan pula memang sengaja saya biarkan bag camera di atas meja di ruanag tamu. Isteri saya memang sudah lama mengidam mahu merakamkan aksi-aksi anak buahnya dengan cemera saya, terus saja dicapai camera itu, dengan tidak memikir panjang, dikerjakan camera itu semahunya demi merakamkan aksi-aksi anak buah kesayangannya, sedangkan saya pula sedang asyik tidur (penant memandu).


Secara asasnya, isteri saya pernah menceritakan kepada saya yang dia masa belajar dahulu, pernah mengambil subjek tambahan "fotografi dan sedikit asas-asas tentang adobe photoshop, tapi sayangnya, dia sudah lupa, tidak ingat lagi katanya. Bila diamati kembali, sebabnya hanyalah satu, ilmu yang ada tidak dapat digunakan dengan semaksima mungkin untuk meneroka, mencuba dalam menghasilkan sesuatu yang "seni". Lagipun dia tidak mempunyai camera sendiri pada ketika itu. Tetapi sekarang dia sudah boleh "renew" sikit-sikit apa yang pernah dia belajar dahulu, dan saya akan bersikap "bisu seribu bahasa" bila ditanya. Kalau ditanya kenapa? jawabnya adalah, biar dia ingatkan semula ilmu-ilmu lalu. Ilmu kemahiran semua orang mampu milikinya.


Setelah puas dia "mengerjakan" camera saya, tiba-tiba dia datang mengadu, begini lebih kurang jalan ceritanya....


Isteri : bang... bang... tenngok lah gambar ni, gelap je yang banyak... alaaa tak cantik lah.

Suami : erggggggghhh.... (menggeliat sikit). Lah, gunu lah auto kalau nak senang, pusing je ke hijau tuuuu...

Isteri : Ok lah... cam ni ek?

Suami : Huhhh ( ringkas )


selepas beberapa saat yang panjang...


Isteri : Bang... baaaaang... buruk lah, tak cantik... aduuuiii

Suami : meh sini tengok... tu ada yang jadi tuu, kenapa lagi?

Isteri : nak yang cam lain.. ni ada flash. Suami : uik cam tu pulak.


Dengan tidak memikir panjang, saya pun hayun ISO SPEED nya ke 1600 dengan tanpa memikir panjang, mungkin disebabkan tidur dah terbantut. Tetapi terjadi dengan tanpa niat. hahahahahaa...Jadi selepas diamati, bagi saya ini adalah antara gambar yang cantik, walaupun budak kecik itu tidak menghadap kepada lensa camera. Ini adalah gambar pilihan editor untuk kali ini.


p/s : Bila iso kita tinggi, hasil pada gambar nanti dia ada noise (bintik-bintik). Ini diakui oleh semua orang. Saya sebagai pengguna Canon eos350d ini, mengakui wujudnya fanomena ini. Tapi kalau kita buat Black & White, gambarnya klasik. Tepuk dada, tanya selera.




SEKIRANYA ANDA SUKAKAN HASIL KERJA KAMI,SILA E-MAILKAN KEPADA KAMI UNTUK MENDAPATKAN SEBUT HARGA TERKINI. PAKEJ KAMI BERMULA SERENDAH RM500.00 SAHAJA (UNTUK SATU SESI PENGAMBARAN). KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI KAMI MELALUI :E-MAIL : tok_putih2002@yahoo.com atau TEL : +6012.9831632

Tuesday, August 18, 2009

Sebarkan ILMU

Camera: Canon EOS 350D Digital Exposure: 0.008 sec (1/125)
Aperture: f/5.6 Focal Length: 81 mm ISO Speed: 200
(Gambar ini telah melalui proses tranfomasi adobephotoshop)

Pada hari yang berbahagia ini, saya ingin berkongsi sedikit tips editing, bagaimanakah kita semua dapat menghasilkan seperti gambar di atas ini. Saya sertakan exif datanya sebagai rujukan. Dikesempatan yang ada ini, mari kita berkongsi teknik editing ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Bagi yang berminat boleh cuba. Bagi yang tidak faham boleh tanya saya sampai faham.


Gambar ini adalah versi candid yang telah saya rakamkan di Zoo Melaka pada bulan lepas. Bila dibelek-belik kembali koleksi khazanah yang lepas, ada juga gambar yang menarik dan bom (bagi aku lah, orang lain tak kot). Berlatar belakangkan kerusi, saya kira gambar ini cukup menarik dan mampu memberikan impak sekiranya ia melalui sedikit tranfomasi adobe. Kemahiran asas ini sangat penting untuk menghasilkan gambar yang menarik.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
1. Open File (cari gambar yang berkenan)
2. Duplicate + Sharp kan gambar ini.
3. Desature + fotofilter + kuning-kuning sikit.
4. Blur + guassian blur
5. texture + brush sikit-sikit kat mukanya (Masking)
6. Gradient
7. multiply
8. Siap


Untuk yang akan datang, saya akan sebarkan bagaimana untuk menghasilkan gambar yang mempunyai kesan khas (iR) dalam Bahasa Melayunya, Infra Merah (Infrared).


SEKIRANYA ANDA SUKAKAN HASIL KERJA KAMI,
SILA E-MAILKAN KEPADA KAMI UNTUK MENDAPATKAN SEBUT HARGA TERKINI. PAKEJ KAMI BERMULA SERENDAH RM500.00 SAHAJA
(UNTUK SATU SESI PENGAMBARAN).
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI KAMI MELALUI :
E-MAIL :
tok_putih2002@yahoo.com atau TEL : +6012.9831632

Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali... al-Fatehah


" Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
ASRI RABBANI

Al-Fatehah... Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Asri Ibrahim... Amin...

Kita semua secara umumnya mengenali vokalis kumpulan Rabbani ataupun lebih dikenali sebagai Asri Rabbani. Kelunakan suaranya mempu memukau ribuan bahkan jutaan hadirin mendengarnya. Sering mengalunkan azan, ayat-ayat suci al-Quran, zikir-zikir harian, doa dan juga irama-irama nasyid dengan tujuan untuk mendekatkan kita Allah melalui medium seni dengan melontarkan suaranya. Kita dapat mendengar kelunakan suara beliau di Astro Oasis dengan mengalunkan zikir-zikir.

Saya secara peribadinya mengenali Ustaz Asri ini sejak beliau mula-mula menceburi dalam bidang nasyid ini. Ketika itu tidak ada lagi kumpulan-kumpulan yang memperjuankan irama nasyid ini. Beliau bergerak secara aktif dengan kumpulan Nada Murni. Ayahanda saya sendiri adalah salah seorang peminat purba beliau. Hampir semua koleksi kaset-kaset sewaktu beliau bersama Nada Murni ini ayahanda saya miliki. Maka secara tidak langsung, saya sendiri meminati beliau.

Pada tahun 1997, maka bermulalah era Nasid Kontemporari, ketika inilah lahir kumpulan-kumpulan yang mula memperjuangkan irama-irama nasid ini ataupun lagu-lagu ketuhanan. Antara kumpulan-kumpulan yang muncul pada ketika ini seperti Raihan (dahulunya dikenali dengan The Zikr), Hijjaz (Bekas ahli Nada Murni), Rabbani (ahli Nada Murni), Jauhari, Brothers dan lain-lain lagi.



Bersembahan yang disampaikan secara "Live" inilah menjadi nadi dan kekuatan kepada kumpulan Rabbani dan juga keunikan garak langkah yang sangat mudah dicantikkan lagi dengan pakaian-pakaian unik sentiasa memukau kita. Kumpulan ini juga pernah mencapai pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Pemergian Ustaz Asri semestinya meninggalkan sejuta kenangan dalam arena seni nasyid tanah air. Semoga Allah taala merahmati beliau dan meletakkan beliau dalam golongan-golongan orang yang bertaqwa dan diredhai.

Wednesday, August 12, 2009

Ambik gambar curi-curi... (CANDID)

Hasil candid di Majlis Perkahwinan Muadz & Lizawati (Anak Dato' Mufti Pahang) di Sg. Isap, Kuantan, PAHANG.

Camera:Canon EOS 350D Digital Exposure:0.008 sec (1/125) Aperture:f/5.0
Focal Length:168 mm ISO Speed:400

Adakah pernah anda di "candid" ataupun istilah Bahasa Melayunya "jadi mangsa gambar curi" ?
Tahukan anda bahawa candid ini merupakan satu seni yang sangat besar impaknya kepada dunia fotografi di dunia?


Secara realitinya gambar candid ini mempu memberikan sentuhan yang sangat menarik kepada penggemarnya. Gambar yang dihasilkan dapat menzahirkan situasi, keadaan, persekitara dan penceritaan. Langkahnya sangat mudah, kita hanya memerlukan sebuah camera sahaja, (walaupun kopak-kapak... kata Saiful Nang dalam temubualnya di dalam Astro Awani). Kemudian carilah saat-saat menarik yang mampu anda rakamkan. Apa sahaja, yang penting teruskan usaha, berani dan terus mencuba. Akan tetapi tidak semua yang kita inginkan itu akan berhasil. Mencuba dan terus mencuba, belajar dan terus belajar itulah kunci kepada kejayaan dan keberhasilan sesuatu yang kita impikan.


Sepekara yang kita mesti ingat bahawa, candid mengandid ini ada positif dan ada negatifnya. Bagi mereka yang rela, jawapannya adalah positif, bagi yang tidak, jawapannya "Awak buat apa tadi? ambik gambar curi ya? tolong padam, saya tak suka, saya tak rela... Akan tetapi bagi penggemar dunia Candid ini ada satu pepatah yang akan mereka pegang, "Gunung tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku renangi..." falsafah falsafah.



Sedikit tip untuk membuatkan ada berasa selamat ketika melakukan aktiviti ini, pastikan anda mempunyai camera yang berkuasa tinggi, lens yang sepanjang mungkin (bergantung kepada budget dan ketebalan poket). Bagi saya, saya hanya mampu untuk memiliki lens SIGMA 70-300mm APO, kemudian fikirkanlah apa yang ada mahukan untuk memulakan aktiviti ini.

Kalau mahu tahu keseronokannya, anda boleh cuba rasakannya sendiri. Apa yang saya tulis ini adalah bedasarkan pengalaman sendiri. Lain orang, lain pengalamannya.

Monday, August 10, 2009

AdobePHOTOshop...

Foto By : BariqANNUR Photography Edited By : tok-putihCreative

"Gambar ni, balik nanti aku mesti edit, mahu buat castom album untuk pengantin, bagi dia puas hati, baru dia rasa berbaloi ambik dengan aku, untung-untung dia bagi tahu kepada kawan-kawan yang lain, bertambah rezeki aku..."


Sudah menjadi satu rutin, setiap kali selesai sesi merakamkan detik-detik bersejarah, kebiasaanya juru gambar akan membuat suntingan semula terhadap setiap gambar yang telah dihasilkan bagi memastikan kualitinya. Kualiti inilah merupakan satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh setiap "jurugambar upahan".

Kebiasaanya gambar-gambar ini akan disunting menggunakan perisian Adobephotoshop. Hasilnya adalah bergantung kepada kekreatifan seseorang individu. Untuk menjadi seorang yang pandai, kita perlu belajar dan terus belajar. Terus terang saya ingin nyatakan disini bahawa, kemahiran adalah satu ilmu yang mampu dimiliki oleh semua orang, dengan syarat, ia mesti di iringi dengan rasa bersungguh-sungguh dan tekun. Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipis tidak akan datang melayang, percayalah.


Saya memberikan contoh kepada diri saya sendiri, saya tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dalam bidang editing atau disebut dalam bidang grafik, dengan semangat ingin tahu, saya bertanya dan mengkaji teknik-teknik mudah yang boleh dikuasai dangan membuat sedikit adaptasi, dan akhirnya saya boleh menghasilkan apa yang saya mahu, apa yang saya suka, walaupun hasilnya tidak sehebat mana. Saya juga seka menjadikan karya-karya otai dalam bidang ini sebagai bahan rujukan. Saya mengagumi hasil-hasil mereka semua ini. Inilah yang disebutkan "kurnia" yang maha esa.


Inilah yang disebut kehebatan yang Maha Esa. Gunakan dengan sebaiknya. Jangan disia-siakan.

Sunday, August 9, 2009

Cuti-cuti Melaka...


Camera: Canon EOS 350D Digital Exposure: 30 Aperture: f/29.0
Focal Length:27 mm ISO Speed:100

WEKEND, menjadi hari yang sinonimnya akan diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang santai sambil menikmati waktu-waktu cuti. Berkumpul, beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga merupakan aktiviti wajib. Ada juga antara kita yang sanggup berjalan beratus-ratus batu untuk bertemu ibu bapa di kampung. Inilah perjalanan hujung minggu yang menyeronokkan, tidak kurang juga yang tidak menyeronokkan.

Saya memilih untuk merakamkan gambar-gambar menarik di waktu malam untuk dikongsikan bersama. Keluar dengan status yang bukan profesional dalam dunia fotografi ini, hanya berbekalkan sedikit keinginan dan semangat untuk merakamkan panorama malam di Bandaraya Bersejarah Melaka.


Ditemani dengan dua rakan saya yang menetap di Melaka, daripada BariqANNUR Photography, kami semua menuju kesebuah restoran yang berhampiran dengan Melaka Senteral untuk menikmati hidangan makan malam, Ikan Bakar. Hidangan malam yang sungguh menyelerakan, Menyeronokkan dan sungguh mengasyikkan. Ini adalah sebagai upah kerana menyiapkan editing untuk Castom Albumnya yang bersaiz 10 x 24 (besar OoOoo album kawen nie).

Lokasi yang menjadi perbualan kami adalah Eye on Malaysia Melaka, Musium Maritim dan Jonker Walk. Kesemua lokasi yang dihajati ini berjaya ditawan dengan senjata-senjata kami.




Sekitar jam 1.30 pagi, waktu tempatan, kami pulang untuk tidur. Sampai sahaja di rumah, aku terus menerpa laptop untuk melihat hasil-hasil yang berjaya dirakamkan pada malam tersebut. inilah hasilnya. Bagi aku, aku suka gambar-gambar ini. Bagi orang lain, mungkin ya dan mungkin tidak. Terpulang. Seni satu perkara yang sangat subjektif.


Panorama Muzium Maritim, pada malam hari

Camera:Canon EOS 350D Digital Exposure:20 Aperture:f/9.0

Focal Length:22 mm ISO Speed:100

Thursday, August 6, 2009

Foto PERKAHWINAN




Sekitar tahun 2005/2006 saya mula terjebak dengan dunia fotografi ini. Asalnya hanyalah untuk suka-suka memenuhi masa-masa terluang yang ada, dan akhirnya tidak dapat dibendung lagi "racun" fotografi ini. Racunya sangt luar biasa. Sekali dicuba, nescaya tak mampu pusing balik. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Lain orang lain pengalamannya, bak kata pepatah "lain padang lain belalangnya...".

Penglibatan awal dalam dunia ini hanyalah dengan bersenjatakan Canon A300, inilah camera yang aku bawa kehulu ke hilir demi merakamkan apa sahaja yang aku rasakan menarik. Seteleh puas dengan camera ini, aku beralih dengan camera pinjam dari sahabat seperjuangan aku Alias Baharom yang memiliki camera Konica Minolta Z (dah lupa berapa sirinya). Untuk pengetahuan saudara Alias ini secara rasminya telah mengambil aku sebagai fotographernya untuk mengabadikan hari bahagianya di Bandaraya Melaka. Dengan camera ini jugalah telah membuat kan aku semakin mabuk untuk memiliki DSLR sendiri. Ada satu penghalang yang paling besar, halangan itulah yang disebut sebagai "DUIT". Duit yang diperlukan untuk memiliki DSLR ini. Hasrat untuk memiliki DSLR ini telah aku tangguhkan untuk beberapa lama. dalam hati hanya ada satu kalimah "Guna sahaja apa yang kita ada, teruskan..."



Untuk memastikan gambar-gambar yang dirakamkan itu dapat ditatapi oleh umum, saya mengupload kesemuanya ke dalam lama fotopages, di sinilah semua hasil karya yang aku hasilkan dikomen. Macam-macam aku belajar. yang penting aku selalu mengunjungi fotopages-fotopages otai dalam dunia fotografi ini. Dengan satu tujuan "BELAJAR". Secara tidak langsung aku mencari guru dan mempunyai guru.

Tuesday, August 4, 2009

Hidupan Hutan

Secara realitinya, manusia tidak berkeseorangngan hidup di dunia ini, mereka masih berteman, masih ada kawan dan taulan, masih ada makhluk-makhluk lain yang sama-sama mendiami dunia ini. Sama-sama memeriahkan dunia. Inilah yang disebut sebagai keseimbangan. manusia ada kehidupannya, haiwan ada juga kehidupannya begitu juga tumbuh-tumbuhan. masing-masing ada penghidupan. dan diakhirnya adalah kematian yang tidak dapat dinafikanlagi. Kitaran hidup ini telah ditentukan oleh yang maha esa, orang yang memiliki segalanya, dia disebut maha pencipta.


Sebagai seorang manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia ini, wajib kita menginsafi akan kejadian diri, adakah kita telah menjalankan seluruh tanggung jawab sebagai seorang khalifah. semuanya akan dipersoalkan. adakah kita telah bersedia untuk semuanya???