Camera:Canon EOS 350D Digital Exposure:0.017 sec (1/60)
Aperture:f/4.5 Focal Length:149 mm
Apabila ada orang berkata "alah, minah tu pakai tudung sebab adat je, bukannya apa-apa pun..." Ingatlah bahawa "adat" yang dilafazkan tadi adalah adat yang bertepatan dengan syarak, bukannya bertentangan dengan syarak. Maka di sana dia telah menjalankan auratnya dan melaksanakan tanggung jawab "bertudung" (berhijab).
Pernah juga kita terdengar, "alah aku tak bertudungpun, hati aku baik, aku tak tinggal solat, aku selalu tolong orang, tak payah bertudungpun takpa. lagi pun panaslah..." maka ingatlah, pada ketika itu kita telah melanggar syariat dengan berhujjah "hati saya baik, saya selalu tolong orang...." dan sebagainya, ingatlah bahawa kita sedang memperkotak-katikkan agama, mempersendakan hukum syarak, maka balasannya nanti amatlah pedih.
Pernah juga kita melihat, ada antara kita yang mengadakan majlis tadarus, majlis khatam al-Quran, tidak menjaga adab-adab bila membaca al-Quran. Al-Quran dibaca, jambul rambut terkeluar sini sana. Golongan ini mengatakan bahawa mereka mengamalkan al-Quran, membaca dan menghayati al-Quran. Persoalannya, DIMANAKAH PERNGHAYATANNYA?
Apa yang perlu kita ingat, segala apa yang pernah kita lakukan di dunia ini akan dihisap, semuanya akan dihitung, kerana kita adalah hamba. Dan hamba mempunyai tanggung jawab kepada pencipta.
P/S : sedikit renungan di hari Jumaat. 23/10/2009.
meluntur buluh,biarlah dari rebungnya...
ReplyDeletetudung bukan setakat berfesyen..batas aurat perlu dititipkan.muhrim & bukan muhrim mempunyai batas2 tertentu.selidik dan perlu dipraktikalkan.saling mengingati.dosa tetap dosa selagi belum diampun...ku harap keampunanMu