Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali... al-Fatehah


" Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
ASRI RABBANI

Al-Fatehah... Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Asri Ibrahim... Amin...

Kita semua secara umumnya mengenali vokalis kumpulan Rabbani ataupun lebih dikenali sebagai Asri Rabbani. Kelunakan suaranya mempu memukau ribuan bahkan jutaan hadirin mendengarnya. Sering mengalunkan azan, ayat-ayat suci al-Quran, zikir-zikir harian, doa dan juga irama-irama nasyid dengan tujuan untuk mendekatkan kita Allah melalui medium seni dengan melontarkan suaranya. Kita dapat mendengar kelunakan suara beliau di Astro Oasis dengan mengalunkan zikir-zikir.

Saya secara peribadinya mengenali Ustaz Asri ini sejak beliau mula-mula menceburi dalam bidang nasyid ini. Ketika itu tidak ada lagi kumpulan-kumpulan yang memperjuankan irama nasyid ini. Beliau bergerak secara aktif dengan kumpulan Nada Murni. Ayahanda saya sendiri adalah salah seorang peminat purba beliau. Hampir semua koleksi kaset-kaset sewaktu beliau bersama Nada Murni ini ayahanda saya miliki. Maka secara tidak langsung, saya sendiri meminati beliau.

Pada tahun 1997, maka bermulalah era Nasid Kontemporari, ketika inilah lahir kumpulan-kumpulan yang mula memperjuangkan irama-irama nasid ini ataupun lagu-lagu ketuhanan. Antara kumpulan-kumpulan yang muncul pada ketika ini seperti Raihan (dahulunya dikenali dengan The Zikr), Hijjaz (Bekas ahli Nada Murni), Rabbani (ahli Nada Murni), Jauhari, Brothers dan lain-lain lagi.



Bersembahan yang disampaikan secara "Live" inilah menjadi nadi dan kekuatan kepada kumpulan Rabbani dan juga keunikan garak langkah yang sangat mudah dicantikkan lagi dengan pakaian-pakaian unik sentiasa memukau kita. Kumpulan ini juga pernah mencapai pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Pemergian Ustaz Asri semestinya meninggalkan sejuta kenangan dalam arena seni nasyid tanah air. Semoga Allah taala merahmati beliau dan meletakkan beliau dalam golongan-golongan orang yang bertaqwa dan diredhai.

No comments:

Post a Comment