Wednesday, August 12, 2009

Ambik gambar curi-curi... (CANDID)

Hasil candid di Majlis Perkahwinan Muadz & Lizawati (Anak Dato' Mufti Pahang) di Sg. Isap, Kuantan, PAHANG.

Camera:Canon EOS 350D Digital Exposure:0.008 sec (1/125) Aperture:f/5.0
Focal Length:168 mm ISO Speed:400

Adakah pernah anda di "candid" ataupun istilah Bahasa Melayunya "jadi mangsa gambar curi" ?
Tahukan anda bahawa candid ini merupakan satu seni yang sangat besar impaknya kepada dunia fotografi di dunia?


Secara realitinya gambar candid ini mempu memberikan sentuhan yang sangat menarik kepada penggemarnya. Gambar yang dihasilkan dapat menzahirkan situasi, keadaan, persekitara dan penceritaan. Langkahnya sangat mudah, kita hanya memerlukan sebuah camera sahaja, (walaupun kopak-kapak... kata Saiful Nang dalam temubualnya di dalam Astro Awani). Kemudian carilah saat-saat menarik yang mampu anda rakamkan. Apa sahaja, yang penting teruskan usaha, berani dan terus mencuba. Akan tetapi tidak semua yang kita inginkan itu akan berhasil. Mencuba dan terus mencuba, belajar dan terus belajar itulah kunci kepada kejayaan dan keberhasilan sesuatu yang kita impikan.


Sepekara yang kita mesti ingat bahawa, candid mengandid ini ada positif dan ada negatifnya. Bagi mereka yang rela, jawapannya adalah positif, bagi yang tidak, jawapannya "Awak buat apa tadi? ambik gambar curi ya? tolong padam, saya tak suka, saya tak rela... Akan tetapi bagi penggemar dunia Candid ini ada satu pepatah yang akan mereka pegang, "Gunung tinggi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku renangi..." falsafah falsafah.



Sedikit tip untuk membuatkan ada berasa selamat ketika melakukan aktiviti ini, pastikan anda mempunyai camera yang berkuasa tinggi, lens yang sepanjang mungkin (bergantung kepada budget dan ketebalan poket). Bagi saya, saya hanya mampu untuk memiliki lens SIGMA 70-300mm APO, kemudian fikirkanlah apa yang ada mahukan untuk memulakan aktiviti ini.

Kalau mahu tahu keseronokannya, anda boleh cuba rasakannya sendiri. Apa yang saya tulis ini adalah bedasarkan pengalaman sendiri. Lain orang, lain pengalamannya.

No comments:

Post a Comment