Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 3, 2010

Mata ku...





Lama menunggu untuk pertunjukan haiwan di Zoo Negeri Melaka. Entah berapa banyak sudah lagu yang dilayan. Bermula dari irama pelahan sehinggalah ke irama rock kapak. Dari lagu Malaysia sehinggalah ke lagu luar negara. Hati ini masih sabar menanti. Sambil "menembak" adegan-adegan spontan manusia yang berada di sekeliling. Macam-macam adegan yang boleh kita saksikan. Sesekali mata ini ditenyeh-tenyeh menghilangkan kegatalan. Dibulat-bulatkan, biar jelas pendangan.

Para pengunjung sudah mula memenuhkan tempat duduk pononton untuk menyaksikan persembahan haiwan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya memilih untuk tidak duduk di bahagian yang mempunyai kotak, kerana di dalamnya ada Sang Susur (Ular Sawa Batik Jawa yang menanti untuk menunjukkan diri. Bersedia, bersiap siaga apabila diperlukan. Adalah lebih baik saya menjauhkan diri daripada kotak itu.

Acara yang dinantikan dimulakan dengan pererekan masuk membuat lintas hormat oleh Sang Helang. diikuti pula dengan kawanan burung merpati putih, merih sekali dan diikuti pula dengan lintas masuk Si Burung Hereng. Setiap kali berjaya memamirkan aksi, binatang-binatang ini akan dihadiahkan dengan makanan sebagai upah. Sebagai ganjaran kepada taat setia yang dicurahkan kepada juru latih (letih). Sungguh hebat.

Hari semakin panas, sinar mentari menyinari diri ini, gelenen peluh keluar mengalir membasahi baju ini, sesekali dilapkan untuk mengeringkan peluh. tiba giliran Burung Kakak Tua membuat persembahan. Dikatakan burung ini adalah spisis burung yang paling pintar dalam keluarganya. Mampu meniru dan mengingati apa yang diajarkan kepada mereka. Sungguh mengagumkan kerana burung ini mampu menyelesaikan mesalah matematik yang diajukan oleh pengunjung. Dengan memilih dua kumpulan no bermula dari satu sehingga 20 sahaja. Burung ini dapat memberikan jawapannya dengan tepat. Maha Suci Allah, tuhan yang maha kuasa dan maha bijaksana.

Sunday, February 28, 2010

Perokok TEGAR...


Falsafah...
Biar putus cinta...
Jangan putus rokok... siksa dan pening kepala...
Pening kepala... sakit kepala... sakit jiwa... tersiksa... menderita...

Mungkin inilah falsafah yang terkeluar dari jiwa perokok tegar. Bukan senang memahami jiwa mereka. Orang yang tidak merasa, maka dia tidak mengetahui. Orang yang memalui lebih memahami.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak untuk "mengekang" perkembangan dan pertumbuhan golongan-golongan ini, ternyata ia semakin bertambah. Tiada penguncupan dilihan, bahkan penambahan yang agak memberangsangkan. Sehinggakan budak-budak sekolah yang masih lagi menagih ehsan ibu bapa mereka sendiri tanpa segan silu "menyedut" dikhalayak ramai. Berpakaian uniform rasmi sekolah, dengan tidak mengendahkan hal sekeliling.

Terdetik di dalam hati, "apa lah nak jadi pada budak-budak ni, dahlah duit mak ayah yang bagi, dibakar macam tu je, kesian..."

Siapakah yang harus dipesalahkan, kadang-kadang nak dimarahkan sangat si anak ini kena ingat juga pada "BAPAK" nya. Kemungkinan bapanya juga seorang perokok tegar. tepuk dada tanya mereka. Adakah betul encik ini perokok tegar?

Sekali diamati, setiap hembusan itu adalah detik-detik nikmat yang penuh keasyikan. Muka penuh puas menghembuskan asap itu tidak dapat digambarkan lagi. Sehinggakan orang-orang sekelilingnya "terpaksa" menikmati benda yang tidak sepatutnya dikongsikan bersama. Penuh keterpaksaan, penuh dengan ketidak relaan. Mereka juga mungkin terjebak dan terdedak kepada risiko.

Yang penting, mari kita sama-sama bermuhasabah dan bertafakkur adakah patut apa yang kita lakukan ini. Semoga Allah memberikan kita hidayah dan petunjuk yang sebaiknya.

Sunday, January 24, 2010

Hana Wedding... DSLR vs Digita Camera


Kebiasaanya sebagai Photographer UPAHAN ini, kita hanya akan mendapat job untuk shoot dan seterusnya membuat album. Tetapi ada juga sesekali kita diminta oleh pelanggan untuk membuat album semata-mata. Gambar dah ada, tetapi albunya yang belum ada. Apabila ditanyakan kos, "Berapa ya harganya???" itu yang lemah nak menjawab tu. Puaslah tanya sana sini kepada rakan-rakan yang berpengalaman, yang nyata ada yang boleh bagi harga dan ada juga yang tak tahun nak kata apa. Di akhirnya, dapat jugalah harganya. Alhamdulillah, sengan sedikit kemahiran dalam editing gambar-gambar ini, ianya nyata menjadi sumber rezeki kepada saya. Terima Kasih Allah, atas anugerah yang sementara ini. Ku pohon pada Mu agar sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan agar aku boleh terus berusaha dan terus bekerja untuk mendapatkan keberkatan daripada Mu ya Allah. Amin...

Ini adalah gambar Puan Hana, orang Johor, dia amanahkan kepada saya untuk hasilkan Custom album untuknya. Saya cuba sembahkan yang terbaik, walaupun gambar-gambar perkahwinannya ada yang di ambil menggunakan DSLR ada yang menggunakan camera biasa.

Sunday, January 17, 2010

Fanomena Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010.

Clik untuk membesarkan size peta "Gerhana Matahari" yang di sediakan oleh NASA.


Maha Suci Allah tuhan yang telah menjadikan sekalian alam ini. Dengan kekuasaan-Nya, maka Allah taala "pesembahkan" kepada kita satu fanomena yang membuktikan kekuasaan Tuhan Pencipta yang jelas ia menjadi tanda-tanda kebesaran bagi hamba-hambanya yang sentiasa berfikir.

Selepas selesai Solat Jumaat, dalam jam 2.00 pm, saya meneuju ke rumah. dari pagi lagi hati ni tertarik untuk melihat fanomena "Gerhana Matahari Separa" dengan mata kepala sendiri. Sedang asyik bersantai, saya dikejutkan oleh suara pelajar yang meminta izin untuk pergi ke Bank BSN untuk mengeluarkan wang biasiswa. Saya menghantar mereka untuk memastikan mereka betul-betul sampai ke destinasi.

Semasa perjalanan pulang, saya sibuk menceritakan kepada mereka, hari ini adalah hari yang sangat istimewa, kerana hari ini kita semua berpeluang melihat fanomena Gerhana Matahari. Dengan wajah yang agak teruja, mereka bertanyakan bagaimanakah cara untuk melihat fanomena itu? lalu saya menjawab, "kita tidak boleh tengok terus ke arah matahari, merbahaya dan ia boleh mengakibatkan mata kita menjadi buta". lalau saya memberi altenatif, kita cuba tengok fanomena ini melalui "tinted gelap" di bahagian atas cermin hadapan. Tidak disangka, experimen itu menjadi, saya berjaya melihat fanomena itu. Subhanallah...

Terus sahaja aku capai camera dan "Shoot" sehingga dapat. Allahdulillah, ianya berhasil.

Camera: Canon EOS 350D Digital Exposure: 1/4000 sec Aperture: f/13.0
Focal Length: 300 mm ISO Speed: 100
Taken on : January 15, 2010 at 4.11pm PST


PERALATAN :
1. TINTED KERETA (BAHAGIAN DEPAN)
2. CERMIN MATA HITAM
3. CANON EOS + 70MM-300MM.

HASILNYA MUNGKIN TIDAK MEMBERANGSANGKAN, TAPI INILAH YANG SAYA TELAH USAHAKAN DENGAN KEKANGAN PERALAN. SEKURANG-KURANGNYA SAYA DAPAT APA YANG SAYA MAHUKAN. SEKIRANYA ANDA SEMUA MAHU MERAKAMKAN DETIK-DETIK INI, KITA SEMUA PERLU TUNGGU SEHINGGA TAHUN 2016.

Tuesday, January 12, 2010

Kawan aku kawen...



25 Disember 2009, merupakan tarik keramat bagi pasangan mempelai Asri Tahirudin dan Adzizah, kerana mereka telah selamat diijabkabulkan pada malam Sabtu. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Dengan dua kali lafaz, Saudara Asri sah menjadi Suami kepada Adzizah. Penuh keceriaan terpancar pada muka pasangan pengantin ini.

Saya sebagai rakanya telah diberi kepercayaan untuk merakamkan hari bersajarah pasangan ini, dah kebetulan pada masa yang sama saya berada di Changkat Jering, Taiping. Jadi saya gunakan kesempatan yang ada untuk merakamkan detik-detik bersejarah ini.



Untuk semua rakan-rakan sepejuangan, saya titipkan kepada anda semua gambar-gambar kenangan semasa anda semua menghadiri majlis ini. boleh di muat turun. Tidak menjadi masalah.




bila sesekali berjumpa, sudah tentu banyak benda yang akan dibualkan. Ada yang tergelak sampai nak terpecah perut pun ada, ada yang senyum-senyum pun ada. Sangat meriah. Inilah keluarga Besar Kami, keluarga satu Morocco.





Sunday, January 10, 2010

Outing Bersama Saiful Nang...



SMS berbnyi... beriiit... briiit...
wah ada sms nie, sapa pulaklah yang send ni? ummmmmm....
"Bro, datang Melaka tak wekend ni? ada projek baik nie..." Ayat dalam sms. Dengan menggunakan hikmat jejeri tanpa bayang, lalu dengan bersegera aku membalas sms tersebut. "Wah, menarik bunyinya, projek besar ke? dapat shoot wedding ka bro?" bertanya aku penuh mencari erti. selang beberapa minit, kawan aku menjawab, "ada contes 50mm kat Dataran Pahlawan jam 8.00 pagi, petang ada outing lak ngan Saiful Nang. Maun join tak?.... lalu aku menjawab... "Menarik tu, nak lah joinnya, tapi lama sangat tu, dari pagi sampai petang, pengsan..." sms kami terhenti sampai di situ sahaja.

Lalu hati ini berbisik, "Wah syok jugak ni kalau dapat join, tapi tengok dululah, kalu sempat aku pergi, lagi pun cover mocup album untuk Pak Tam tak buat lagi ni, aduuuuiii..." jelas ada sedikit halangan di situ.

Aku sampai di Melaka Bandaraya Bersejarah jam 9.30 malam, setelah melalui perjalanan yang memenatkan dalam suasana cuaca yang cukup mencabar. Meredah hujan lebat hampir di sepanjang jalan. Sepanjang jalan aku hanya mengekori "konvoi Diraja" yang aku teserempak di laluan "exit" Simpang Pulai. Purata kelajuan hanyalah 120KM/J. Merasa juga jadi macam orfang besar, walaupun aku ini bukan dari darah yang berketurunan raja. Rata-rata semua kereta yang cuba memintak "konvoi Diraja" ini tidak berjaya berbuat demikian kerana dihalang oleh Polis pengiring yang menggunakan Proton Perdana V6. Terpaksa akur...

Sampai di Melaka, aku sibuk mencari otak-otak... merata aku pusing ditemani aweks tercinta (hahahahahaha istri aku lah). berlaku pula tragedi yang tidak diingini. Cari otak-otak tak dapat, siap teserempak dengan kemalangan pula. Seorang Mat Rempit terbaring kerana merempuh sebuah Wira yang mahu mesuk ke simpang untuk ke medan selera. Longlai di pangkuan kawannya. Diam tidak mampu berkata apa-apa. Difahamkan dia menunggang motor dengan laju dan tidak berlampu. Inilah bahananya, menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Saya sendiri membuat panggilan kecemasan, meminta ambulan datang ke tempat kejadian. Selepas itu aku terus bergerak pulang ke rumah. Apa lagi, tidurlah...



Dipendekkan cerita....

Petangnya aku bergegas menuju ke rumah saudara Anaz, kami bersiap sedia menuju ke pusat bandaraya. Semua peralatan dipikul (Ada tragedi sebenarnya, tetapi malas nak cerita).

Setelah tiba ditempat yang dijanjikan, Saiful Nang dah sampai lama dah, tengah bagi taklimat, jelas sangat dah terlewat. aduuuiii, lagi satu hal. Alamak...


Dengan muka selamber jer kami join, tanya-tanya apa yang patut, terus je wat kerja. Cari-cari tempat yang patut untuk di shoot. 8.15, kami berjanji untuk berjumpa semula di tempat kami berkumpul tadi.


Secara "jujur" nya aku tak shootpun gambar di area-area, sebab aku telah ditimpa sesuatu yang tidak dirancang. Luar kawalan dan di luar jangkaan. Lepas solat baru aku shoot...


Aku up satu keping jer. hahahahahaha...





Monday, November 9, 2009

Cerita tentang kita...


Satu gambar yang cukup bersejarah pada saya. Ini juga antara koleksi-koleksi kenangan out-door semasa saya berada di utara Morocco sekitar tahun 2005/2006. Di era mula-mula saya mula jatuh gila dengan camera. Masa ini saya hanya menggunakan camera pinjam berjenama KonicaMinolta Prosumer. Banyak mengajar saya tantang keseronokkan dunia fotografi. Semuanya mungkin dirakamkan. Dan akhirnya ia jadi satu sejarah, kenangan dan mungkin juga bisa menjadi satu bahan bukti yang boleh saya katakan bahawa kita adalah pelakon terhebat di dunia ini.

Tetouan, menjadi lokasi pilihan untuk menghabiskan cuti musim panas sekitar tahun 2006/2007 (tak berapa nak ingat dah bila tu maknanya), tiba sahaja waktu petang, kami semua berangkat menghala ke Pantai Tetouan. Di seberang keluasan laut ini terletak sebuah negara yang bersempadanan dengan Morocco (Maghribi kalau siapa tak tahu) yang menjadi pintu masuk utama ke Eropah, sama ada halal ataupun melalui kaedah "lubang-lubang tikus mondok".

Walaupun menyedari hakikan menyeludup masuk ini adalah pekara yang salah di sisi undang-undang, nama bagi mereka yang ingin mencari rezeki, cuba mengubah nasib, semua ini dilalui dengan penuh semangat dan hati yang kental, walaupun nyawa menjadi taruhan, asalkan hidup tidak sedaif di dunia sendiri. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..."

Hidup bertahun-tahun di negara orang, mengajar saya erti kasih dan cintakan negara sendiri. Itulah erti kebebasan, kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan. Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Apa yang penting, bila hidup di dunia ini biarlah realistik. Walau apa benda sekalipun dikejar, jangan digadaikan Agama, jangan dikesampingkan maruah, jangan dijajakan kelemahan diri. Jadikan hidup berperinsip.