Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 28, 2010

MUSIM ORANG BERKAHWIN

Seperti yang kita ketahui, musim cuti sekolah ini adalah dikenali sebagai bulan orang menamatkan zaman bujang masing-masing. Maka tidak hairanlah musim cuti sekolah ini adalah cuti yang paling meriah sekali. Persiapan dilakukan sehabis baik bagi meniti hari bahagia, agar kemeriahannya kekal dan mekar hingga ke hujung usia.

Untuk tujuan ini, fotographer uphan amat diperlukan untuk merakam detik-detik indah raja sehari. Bermula daripada persiapan hinggalah ke akhir majlis, detik-detik ini mampu dirakam dengan sebaiknya dengan bantuan photographer upahan yang anda pilih. Melaburlah sedikit untuk satu kenangan perkahwinan terindah anda.

Ada satu pendapat mengatakan bahawa :
"Kita sanggup berabis beribu-ribu ringgit untuk menyiapkan pelamin, mak andam, make-up, sewaan baju berkrawang-krawang, bunga-bunga telur dan sebagainya yang hanya kita gunakan untuk dua atau tiga jam sahaja sepanjang majlis, dan kita tidak akan dapatpun barang yang kita laburkan beribu-ribu itu. Tetapi kita tidak mahu keluarkan duit untuk "photographer" yang hanya satu hingga dua ribu kerana kita terfikir kita macam tidak dapat apa-apa. Sedangkan hasil tangannya itulah yang menjadi kenangan kita hingga hujung nyawa dan mampu ditatap oleh generasi akan datang..." [Renung-renungkan]

Saya sendiri mendapat banyak e-mail bertanyakan mengenai "Harga Pakej" yang disediakan untuk bakal pengantin, dan semuanya saya balas dengan sebaiknya. Ada yang memberikan respon ada yang diam seribu bahasa (sebab dia sudah jumpa photographer lah tu).

Jadi saya menulis dilaman blog ini menegenai kaedah pembayaran yang boleh dibuat kepada kami. Caranya adalah seperti berikut :

  1. Membuat pembayaran deposit ke akaun Mybank sebanyak RM300.00 [sebagai tanda jadi]
  2. Bayaran selepas selesai sesi "fotoshoot" sesuatu majlis [jumlah tidak ditetapkan, saya cadangkan pembayaran dibuat sebanyak RM500, bagi mereka yang mengambil pakej yang agak mahal sahaja]
  3. Full payment : adalah setelah anda mendapat kesemua barang yang dijanjikan, dan segala album, frame, DVD dan sebagainya diserahkan kepada ada samada melalui temujanji ataupun melalui penghantaran pos.

Ini adalah cara yang saya guna pakai selama ini, ternyata ia memudahkan pasangan pengantin baru dalam berurusan. Ia berkonsepkan ANSURAN MUDAH dan tiada CHARGE berganda.

Jadi jangan takut dan jangan bimbang dengan kami.
"PERCAYA ATAU TIDAK, PERCAYALAH..."

Thursday, June 24, 2010

Teruskan...




Lama juga saya menyepi, kerana kekangan masa yang terlalu menghimpit dalam memenuhi pelbagai aktiviti aturan manusia yang perlu saya penuhi. Namu dalam kesempitan itu, kerjaya sebagai "photographerUPAHAN" tidak saya tinggalkan...

Alhamdulillah, selagi termampu dan selagi ada masa terluang akan saya penuhi permintaan orang-orang yang inginkan khidmat saya. Andai kata ada permohonan yang tidak dapat saya penuhi, nescaya akan saya serahkan kepada rakan seperjuangan untuk merakamkan detik-detik indah pengantin.

Terima kasih atas sokongan kalian...

Dikesempatan yang ada ini, saya paparkan sedikit aksi-aksi pengantin baru...

SILA E-MAILKAN NAMA, TARIKH & LOKASI UNTUK MENTADAPATKAN SENARAI SEBUT HARGA, BESERTA PAKEJ-PAKEJ MENARIK DARIPADA KAMI.

Untuk Pertanyaan menggunakan SMS sila taip :
[pakej harga] [nama] [tarikh] [lokasi]
DAN HANTAR KE 012.9831632 @ 012.2696983.

Monday, May 3, 2010

Majlis Pertunangan...



Majlis Pertunangan antara si Yana & pasangannya selamat dijalankan pada hari Sabtu, 1 May 2010 di Kg. Sungai Ling, Maran, PAHANG. Saya antara "photographer" yang tidak diundang (diundang sebagai tukang basuh pinggan) sempat juga merakamkan beberapa aktiviti yang menarik (bagi saya). Tetapi tidaklah semuanya saya akan publish di blog ini.

Untuk bakal pengantin, Selamat Bertunang dan siap-siaplah nak berkahwin bulan tujun ini. 3 Julai 2010 tahun ini. Semoga selamatlah semuanya.

SILA E-MAILKAN NAMA, TARIKH & LOKASI UNTUK MENTADAPATKAN SENARAI SEBUT HARGA, BESERTA PAKEJ-PAKEJ MENARIK DARIPADA KAMI.

Untuk Pertanyaan menggunakan SMS sila taip :
[pakej harga] [nama] [tarikh] [lokasi]
DAN HANTAR KE 012.9831632 @ 012.2696983.

Monday, April 26, 2010

Seri Pengantin



SILA E-MAILKAN NAMA, TARIKH & LOKASI UNTUK MENTADAPATKAN SENARAI SEBUT HARGA, BESERTA PAKEJ-PAKEJ MENARIK DARIPADA KAMI.

Untuk Pertanyaan menggunakan SMS sila taip :
[pakej harga] [nama] [tarikh] [lokasi]
DAN HANTAR KE 012.9831632 @ 012.2696983.

Wednesday, April 21, 2010

Koleksi Gambar Pengantin...

Atas permintaan pengunjung dan bakal pengantin yang ada menginggah di laman bolg saya, dengan ini saya akan "post" koleksi-koleksi gambar perkahwinan yang pernah saya "Shoot" untuk tatapan semua. Diharap ia akan membuka ruang untuk anda memilih kami sebagai jurufoto bagi mengabadikan kenangan hari terindah anda. TEMPAHAN untuk musim 2010 masih dibuka kepada semua.

Sila e-mail kepada saya untuk mendapatkan "Sebut Harga" untuk pakej-pakej yang kami sediakan untuk anda. Kami bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda semua.

e-mailkan kepada kami ke : tok_putih2002@yahoo.com

Nama :
Tarikh :
Lokasi Majlis :














Tuesday, April 13, 2010

Macam Muzium



Itulah ungkapan yang mampu diungkapkan apabila "blog" ini lama tidak diusik. ternyata kesibukan dan kepayahan menghimpit diri ini. Jauh di sudut hati, niat selalu nak update blog, tapi terlalu banyak sangat kekangannya. Kita hanya merancang, tuhan yang tentukan segalanya...

Nak berkongsi sikit teknik mengedit, cara ini pernak aku postkan dulu di fotopages

Gambar tukang sapu sampah.

Duplicate layer sehingga 7 layer
1. Difference
2. High Pass + liner light
3. Vivid Light + Opacity 50%
4. Hue
5. Soft Light + photo filter (Calour Hijau) + opacity 70%
6. High Pass + Liner Light + 81%
7. Soft Light + Lever (secukup rasa) + Opacity 60%

Secara umumnya aku gunakan 7 layer dan setiap satu tuuu ada 7 unsur seperti yang tertera di atas.
gambar nampak garing dan tajam... mungkin ada yang suka dan ada juga yang tidak...

Secara jujurnya aku main belasah ajer guna AdobePhotoshop nie...
tak retii sehabuk pon... asalkan berkenan kat mata ajer... rasa jadii...
kiraa ok lah kot.. hehehehe...

Wednesday, March 3, 2010

Mata ku...





Lama menunggu untuk pertunjukan haiwan di Zoo Negeri Melaka. Entah berapa banyak sudah lagu yang dilayan. Bermula dari irama pelahan sehinggalah ke irama rock kapak. Dari lagu Malaysia sehinggalah ke lagu luar negara. Hati ini masih sabar menanti. Sambil "menembak" adegan-adegan spontan manusia yang berada di sekeliling. Macam-macam adegan yang boleh kita saksikan. Sesekali mata ini ditenyeh-tenyeh menghilangkan kegatalan. Dibulat-bulatkan, biar jelas pendangan.

Para pengunjung sudah mula memenuhkan tempat duduk pononton untuk menyaksikan persembahan haiwan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya memilih untuk tidak duduk di bahagian yang mempunyai kotak, kerana di dalamnya ada Sang Susur (Ular Sawa Batik Jawa yang menanti untuk menunjukkan diri. Bersedia, bersiap siaga apabila diperlukan. Adalah lebih baik saya menjauhkan diri daripada kotak itu.

Acara yang dinantikan dimulakan dengan pererekan masuk membuat lintas hormat oleh Sang Helang. diikuti pula dengan kawanan burung merpati putih, merih sekali dan diikuti pula dengan lintas masuk Si Burung Hereng. Setiap kali berjaya memamirkan aksi, binatang-binatang ini akan dihadiahkan dengan makanan sebagai upah. Sebagai ganjaran kepada taat setia yang dicurahkan kepada juru latih (letih). Sungguh hebat.

Hari semakin panas, sinar mentari menyinari diri ini, gelenen peluh keluar mengalir membasahi baju ini, sesekali dilapkan untuk mengeringkan peluh. tiba giliran Burung Kakak Tua membuat persembahan. Dikatakan burung ini adalah spisis burung yang paling pintar dalam keluarganya. Mampu meniru dan mengingati apa yang diajarkan kepada mereka. Sungguh mengagumkan kerana burung ini mampu menyelesaikan mesalah matematik yang diajukan oleh pengunjung. Dengan memilih dua kumpulan no bermula dari satu sehingga 20 sahaja. Burung ini dapat memberikan jawapannya dengan tepat. Maha Suci Allah, tuhan yang maha kuasa dan maha bijaksana.