Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 28, 2010

MUSIM ORANG BERKAHWIN

Seperti yang kita ketahui, musim cuti sekolah ini adalah dikenali sebagai bulan orang menamatkan zaman bujang masing-masing. Maka tidak hairanlah musim cuti sekolah ini adalah cuti yang paling meriah sekali. Persiapan dilakukan sehabis baik bagi meniti hari bahagia, agar kemeriahannya kekal dan mekar hingga ke hujung usia.

Untuk tujuan ini, fotographer uphan amat diperlukan untuk merakam detik-detik indah raja sehari. Bermula daripada persiapan hinggalah ke akhir majlis, detik-detik ini mampu dirakam dengan sebaiknya dengan bantuan photographer upahan yang anda pilih. Melaburlah sedikit untuk satu kenangan perkahwinan terindah anda.

Ada satu pendapat mengatakan bahawa :
"Kita sanggup berabis beribu-ribu ringgit untuk menyiapkan pelamin, mak andam, make-up, sewaan baju berkrawang-krawang, bunga-bunga telur dan sebagainya yang hanya kita gunakan untuk dua atau tiga jam sahaja sepanjang majlis, dan kita tidak akan dapatpun barang yang kita laburkan beribu-ribu itu. Tetapi kita tidak mahu keluarkan duit untuk "photographer" yang hanya satu hingga dua ribu kerana kita terfikir kita macam tidak dapat apa-apa. Sedangkan hasil tangannya itulah yang menjadi kenangan kita hingga hujung nyawa dan mampu ditatap oleh generasi akan datang..." [Renung-renungkan]

Saya sendiri mendapat banyak e-mail bertanyakan mengenai "Harga Pakej" yang disediakan untuk bakal pengantin, dan semuanya saya balas dengan sebaiknya. Ada yang memberikan respon ada yang diam seribu bahasa (sebab dia sudah jumpa photographer lah tu).

Jadi saya menulis dilaman blog ini menegenai kaedah pembayaran yang boleh dibuat kepada kami. Caranya adalah seperti berikut :

  1. Membuat pembayaran deposit ke akaun Mybank sebanyak RM300.00 [sebagai tanda jadi]
  2. Bayaran selepas selesai sesi "fotoshoot" sesuatu majlis [jumlah tidak ditetapkan, saya cadangkan pembayaran dibuat sebanyak RM500, bagi mereka yang mengambil pakej yang agak mahal sahaja]
  3. Full payment : adalah setelah anda mendapat kesemua barang yang dijanjikan, dan segala album, frame, DVD dan sebagainya diserahkan kepada ada samada melalui temujanji ataupun melalui penghantaran pos.

Ini adalah cara yang saya guna pakai selama ini, ternyata ia memudahkan pasangan pengantin baru dalam berurusan. Ia berkonsepkan ANSURAN MUDAH dan tiada CHARGE berganda.

Jadi jangan takut dan jangan bimbang dengan kami.
"PERCAYA ATAU TIDAK, PERCAYALAH..."

No comments:

Post a Comment