Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, November 9, 2009

Cerita tentang kita...


Satu gambar yang cukup bersejarah pada saya. Ini juga antara koleksi-koleksi kenangan out-door semasa saya berada di utara Morocco sekitar tahun 2005/2006. Di era mula-mula saya mula jatuh gila dengan camera. Masa ini saya hanya menggunakan camera pinjam berjenama KonicaMinolta Prosumer. Banyak mengajar saya tantang keseronokkan dunia fotografi. Semuanya mungkin dirakamkan. Dan akhirnya ia jadi satu sejarah, kenangan dan mungkin juga bisa menjadi satu bahan bukti yang boleh saya katakan bahawa kita adalah pelakon terhebat di dunia ini.

Tetouan, menjadi lokasi pilihan untuk menghabiskan cuti musim panas sekitar tahun 2006/2007 (tak berapa nak ingat dah bila tu maknanya), tiba sahaja waktu petang, kami semua berangkat menghala ke Pantai Tetouan. Di seberang keluasan laut ini terletak sebuah negara yang bersempadanan dengan Morocco (Maghribi kalau siapa tak tahu) yang menjadi pintu masuk utama ke Eropah, sama ada halal ataupun melalui kaedah "lubang-lubang tikus mondok".

Walaupun menyedari hakikan menyeludup masuk ini adalah pekara yang salah di sisi undang-undang, nama bagi mereka yang ingin mencari rezeki, cuba mengubah nasib, semua ini dilalui dengan penuh semangat dan hati yang kental, walaupun nyawa menjadi taruhan, asalkan hidup tidak sedaif di dunia sendiri. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..."

Hidup bertahun-tahun di negara orang, mengajar saya erti kasih dan cintakan negara sendiri. Itulah erti kebebasan, kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan. Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman. Apa yang penting, bila hidup di dunia ini biarlah realistik. Walau apa benda sekalipun dikejar, jangan digadaikan Agama, jangan dikesampingkan maruah, jangan dijajakan kelemahan diri. Jadikan hidup berperinsip.